Singa mengalami nasib Malang..!

GAMBAR menunjukkan singa dengan tong yang melekat pada kepalanya.


Amsterdam: Seekor singa mengalami nasib malang apabila kepalanya tersekat dalam tong makanan di sebuah zoo di Belanda.
Video yang dirakam seorang pengunjung di Zoo 
Dierenrijk menunjukkan singa berkenaan memasukkan kepalanya di dalam tong untuk mendapatkan daging.
Penjaga zoo meletakkan makanan di dalam tong itu untuk merangsang singa dalam zoo berkenaan, seolah-olah mereka berdepan dengan situasi sebenar di habitat mereka.
Singa malang itu berebut dengan dua singa lain dan bertindak terlalu rakus sehingga kepalanya melekat pada tong itu.
Dia hanya diselamatkan selepas doktor haiwan menembaknya dengan ubat pelali sebelum pekerja zoo memotong tong itu. - Agen.

0 Response to "Singa mengalami nasib Malang..!"

Post a Comment