Cabut lari lepas isi minyak



Port Dickson: Seorang lelaki melarikan diri selepas mengisi petrol tanpa membuat bayaran di sebuah stesen minyak di Lukut, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, lelaki terbabit yang memandu kereta Honda Civic berhenti di stesen minyak berkenaan dan ke kaunter meminta mengisi petrol RON97.

Sumber berkata, suspek enggan membuat bayaran kerana mendakwa mahu membuat isian penuh dan akan membuat bayaran sebaik selesai.

Malangnya, suspek melarikan diri sebaik selesai mengisi petrol berjumlah RM78.93.

“Pekerja pam yang terkejut melihat tindakan suspek cuba mengejarnya dengan menunggang motosikal melalui Jalan Lukut menghala ke Seremban.

“Suspek yang menyedari diekori memecut laju menyebabkan pekerja terbabit gagal mengekori sebaik memasuki Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH).

Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes ini sila tampil di balai polis berdekatan. Suspek kini masih diburu polis.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. 


Mohon VIRALKAN.. Video kes Isi minyak penuh pastu lari tak nak bayar. Honda civic Plat number SXS645J. Any update?
Posted by Kisah Benar on Saturday, 25 July 2015

0 Response to "Cabut lari lepas isi minyak"

Post a Comment