Kisah Sedih Isteri Pertama Najib,Puteri Zainah Yang Ramai Tidak Tahu


Kisah Sedih Isteri Pertama Najib,Puteri Zainah Yang Ramai Tidak Tahu


Ikuti kisah yang diceritakan tentang bekas isteri PM Najib Razak ini. Segala yang baik dan buruk kita jadikan pedoman. Mana yang baik kita jadikan tauladan mana yang buruk kita jadikan sempadan.

Anda pasti hairan apabila ada orang berkata Datin Seri Rosmah Mansor adalah isteri kedua Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Ya! Itu betul, tetapi Dato Seri Najib tidaklah berkahwin dua tetapi sebaliknya pernah bercerai dengan Puteri Zainah(isteri pertamanya) sebelum berkahwin dengan Datin Seri Hajah Rosmah Mansor.

Semua orang tahu Datin Seri Hajah Rosmah Mansor atau lebih dikenali sebagai First Lady ialah isteri kedua Dato Seri Hj Mohd Najib Razak, PM Malaysia. Manakala, Isteri pertama PM Najib Razak pula ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar (kerabat diraja Kelantan), perempuan pertama yang bersama PM Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Mari kenalinya lebih dekat lagi.

Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi PM Najib. Wanita pertama yang berada di kiri PM Najib diatas pelamin yang kilau gemilau suatu ketika dahulu. Wanita pertama yang menjadi teman tidur PM Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan PM Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar PM Najib untuk ke pejabat.

Walaupun ada kuasa yang cuba untuk menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak Perdana Menteri itu, Mohd Nizar, Puteri Norlisa dan Mohd Nasifuddin.

Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat wal afiat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan PM Najib masih terpapar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai PM Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-galanya dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya bersama PM Najib.

Sebelum Datin Rosmah Mansor menjelma dalam kamus hidup PM Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut PM Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani PM Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa PM Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yie lah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah.

YM Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Perdana Menteri yang juga dahulu pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Najib Tun Razak menangkis fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Menurutnya, fitnah-fitnah tersebut sengaja disebarkan untuk menjatuhkan imej dan memalukan beliau sebagai salah seorang kerabat di-Raja Kelantan. Tengku Puteri Zainah menegaskan beliau tetap tabah dan berusaha menyelamatkan rumahtangganya daripada menuju keretakan meskipun fitnah-fitnah tersebut sering menghantui kehidupannya.

Walaubagaimanapun telah ditakdirkan Allah SWT penceraian berlaku juga antara beliau dengan Datuk Seri Najib pada bulan April 1987, 28 tahun yang lalu. Menurut Tengku Puteri Zainah lagi, beliau telah diceraikan tanpa pengetahuannya dengan beberapa alasan.

Beliau melahirkan rasa sedihnya kerana walaupun setelah menjalanikan hidup berumahtangga selama hampir 10 tahun dan telah dikurniakan seramai tiga cahayamata, tiba-tiba diceraikan tanpa pengetahuan beliau.

Tengku Puteri Zainah juga memberitahu bahawa sebelum penceraian berlaku, beliau serta bekas suaminya tidak pernah bersengketa. Cuma selepas suaminya dilantik menjadi Menteri Belia Dan Sukan di tahun 1987, Datuk Najib tidak pulang ke rumah selama lebih enam bulan sebaliknya beliau menetap di hotel.


Menurut beliau, Datuk Seri Najib hanya mengunjungi beliau di waktu-waktu tertentu sahaja ketika beliau ditempatkan di rumah milik kerajaan.

Tengku Puteri Zainah diceraikan dengan talak satu kini tinggal bersama dengan tiga anaknya Mohd. Nizar, Puteri Nerlisa, dan Mohd. Naziffuddin. Tengku Puteri Zainah telah berjaya menuntut nafkah sara hidup sementara untuk beliau dan anak-anaknya dari bekas suaminya itu di Mahkamah Tinggi Syariah.

Tengku Puteri Zainah dan anak-anak, walaupun cuba menunjukkan kegembiraan di wajah masing-masing, tetapi itu hanya sekadar kegembiraan kerana menyambut kedatangan Hari Raya, bergambar di pagi HariRaya Puasa 1987.

Pada malam menjelang Hari Raya itu juga lah PM Najib dan Rosmah telah pergi ber’honeymoon’ di Eropah. Juga menjadi pertama kali nya Nizar, Puteri Norlisa dan Naziffuddin berhari raya tanpa bapa mereka disisi.


Sumber : Blog Ammar

0 Response to "Kisah Sedih Isteri Pertama Najib,Puteri Zainah Yang Ramai Tidak Tahu"

Post a Comment