Bapa beli perempuan untuk dikahwinkan dengan anaknya..!!

10/04/2015



China – Ia merupakan satu perbuatan yang menjijikkan. Bagaimana lelaki ini yang hanya dikenali sebagai Xu sanggup memperlakukan seorang gadis lembam dengan membelinya pada harga RM7,000 untuk dikahwinkan dengan anak lelakinya yang juga mengalami masalah mental.


Namun selepas enam bulan kedua-dua pengantin itu tidak melakukan hubungan seks, Xu mengambil keputusan untuk meniduri menantunya itu yang dikenali sebagai Wang.
Xu membeli gadis itu kerana terlalu berharap untuk mendapat cucu bagi menyambung generasinya pada awal 2014.
Bagaimanapun apabila gadis itu tidak mengandung dan bimbang masalah mental gadis berkenaan semakin buruk serta akan menyusahkannya, dia memutuskan untuk menjual gadis berkenaan kepada penduduk kampung yang lain pada harga RM5,300.
Perbuatan menjijikkan itu hanya terbongkar selepas seorang anggota polis melakukan rondaan di sebuah rumah dan menemui Wang.
Dia mula menjadi curiga apabila Wang tidak dapat menjawab soalan mengenai nama dan usianya. Dia bersama anggota polis lain kemudiannya menjalankan siasatan dan selepas dua minggu barulah mereka mengetahui kejadian sebenar.
Susulan itu Xu telah ditangkap dan polis juga sedang mengesan keluarga sebenar Wang – MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Bapa beli perempuan untuk dikahwinkan dengan anaknya..!!"

Post a Comment