KANTOI SUDAH! Suspek Perogol dibelasah sampai mati.

filem1

INDIA- Mengejutkan apabila seorang suspek perogol yang menodai salah seorang pelajar perempuan, dihukum oleh orang ramai dengan dibelasah, dipukul sehingga mati.

Orang ramai tersebut memecah masuk ke dalam penjara di Dimapur, lalu membogelkan lelaki tersebut sebelum mengheretnya kesuatu tempat yang jauhnya empat batu.! Lelaki berusia 35 tahun itu turut dibelasah di depan orang ramai yang bersorak.

Mereka juga membaling batu menyebabkan suspek yang merupakan seorang peniaga kereta terpakai, meninggal dunia.
Suspek didakwa merogol berulang kali seorang pelajar perempuan di sebuah kolej pada bulan lepas. Namun dia hanya ditangkap beberapa hari lalu.
Dalam kejadian itu, orang ramai dilaporkan telah membakar dua pintu pagar penjara berkenaan sebelum memecah masuk ke dalam bilik sel dan mengheret suspek hingga ke pintu menara di penjara tersebut.
Mereka turut membakar rumah dan kedai di mana suspek menjalankan perniagaannya.
Beberapa orang yang lain cedera selepas polis menggunakan baton dan melepaskan tembakan ketika cuba meleraikan kejadian berkenaan.





0 Response to "KANTOI SUDAH! Suspek Perogol dibelasah sampai mati. "

Post a Comment