Gadis dikurung 6 tahun kerana bercinta dengan lelaki asing.!

Zhang Qi, 24, dilayan seperti binatang dan dikurung di dalam sebuah 
bangunan usang di Jingang selepas mereka memaksanya 
memutuskan hubungan dengan kekasihnya pada 2009.

Enam tahun..! ia merupakan satu jangka waktu yang panjang yang terpaksa dihadapi oleh seorang wanita selepas dikurung oleh ibu bapanya hanya kerana dia bercinta dengan lelaki yang tidak mereka sukai.

Dia cuba melarikan diri daripada kurungan berkenaan namun gagal dan ibu bapanya pula memberitahu penduduk kampong bahawa anak mereka dikurung di situ kerana mengalami masalah mental.
Disebabkan bapa Zhang Qi merupakan seorang individu yang berkuasa di kampung tersebut, maka penduduk kampung tidak dapat berbuat apa-apa setelah diminta tidak masuk campur.
Bagaimanapun salah seorang penduduk kampung berkenaan, Chow Jen, 50, berjaya merakamkan gambar menyedihkan itu dan kemudian dia memuatnaik dalam media sosial.
“Semua orang tahu bahawa Zhang Qi ditempatkan di bangunan using berkenaan. Saya amat sedih apabila mengetahui mengenainya. Memandangkan saya hanya pulang ke kampung itu sekali sekali sahaja, maka saya memuat naik gambar Zhang Qi dalam media sosial kerana pihak berkuasa tempatan enggan mengambil sebarang tindakan.
“Meskipun jika betul Zhang Qi mengalami masalah mental, dia tidak sepatutnya dikurung begitu dan seharusnya diberikan rawatan,’’ katanya.
Menurut Chow Jen, setiap kali balik kampung pada Tahun Baru Cina, dia akan melawat Zhang Qi secara senyap-senyap.-Bernama.




0 Response to "Gadis dikurung 6 tahun kerana bercinta dengan lelaki asing.!"

Post a Comment