Rupa-rupanya seekor lintah telah bersarang di kerongkongnya. Ia berlaku selepas Xiabo Chien minum air kolam di tepi jalan. Air berkenaan mengandungi lava lintah yang kemudiannya membesar sehingga 7cm di kerongkongnya.
Menurut ibunya, Xiang Tung, 33, pada mulanya dia menyangka anaknya itu mengalami selesema kerana budak itu merasa pening dan sakit tekak.
“Saya dan bapanya memberikan ubat dan menyuruhnya tidur namun keadaannya semakin teruk.
“Dia tidak pernah memberitahu kami bahawa dia pernah minum air di kolam itu menyebabkan kami tidak terfikir langsung mengenai lintah itu,’’ katanya.
Selepas keadaan Xiabo Chien semakin teruk, dia dibawa ke hospital dan selepas x-ray dijalankan, akhirnya doktor menemui sesuatu yang mengejutkan iaitu lintah.
Dalam pada itu, jurucakap hospital berkata, mereka mendapati lintah berkenaan berada dalam ruang pernafasan Xiabo Chien dan setiap kali lintah itu bergulung, ia akan menyekat laluan udaranya.
Keadaan ini akan menyebabkan Xiabo Chien tidak sedarkan diri.
“Nasib baik ia tidak menyebabkan apa-apa jangkitan dan kami dapat mengeluarkan lintah itu tanpa sebarang komplikasi,’’ katanya.
0 Response to "Lintah bersarang dalam tekak budak.!"
Post a Comment