Izreen Azminda Nekad Mahu Tampil Berhijab.

INI pula berita gembira bahawa pelakon cantik itu kini sudah mengenakan hijab.
Melihat laman Instagram milik Izreen, boleh dikatakan sejak akhir-akhir ini Izreen sememangnya sering memuat naik gambar penampilannya dirinya bertudung dan berpakaian lebih sopan.

Hari yg memenAtkan..rehatkan diri sebentAr dgn "FAST&FURIOUS" 😁 best ker tidokk?
Salam jumaat utk semuA..yeayy #adrianumar teman mama hari ni..jgn buat perangai yer aian.. Rossie pump shoes pink yg super cantik n selesa ni semestinya dari @schublitz@schublitz_stokis_melawati
Dgn mekna kesayangan 😍 @reenazach




#Repost @mashidzhirkhan with @repostapp.
・・・
Back on set shooting w @izreenazmindaExperiment Cinta slot Dahlia #experimentcinta #Tv3 #marcello #zeelproduction
menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya tidak henti-henti meluahkan sokongan dan memberi kata-kata positif terhadap penampilan baharunya.

Mengulas mengenai penampilannya itu, Izreen menjelaskan dia kini dalam proses membiasakan diri dengan imej bertudung.
“Alhamdulillah, sebenarnya niat untuk bertudung itu sudah lama saya fikirkan. Kebetulan pula kini saya sedang menggalas watak Damia Farisha menerusi drama bersiri Eksperimen Cinta yang memerlukan saya bertudung.
“Buat masa ini saya selesa penampilan ini, malah bukan di set saja, keluar rumah pun saya cuba biasakan diri pakai pakaian menutup aurat.
“Namun masih ada babak lakonan memerlukan saya membuka tudung lagi dan Insya-ALLAH, penghujung bulan ini, saya akan bertudung sepenuhnya. Doakan saya,” kata Izreen.
Menurut ibu kepada Andrian Umar ini, keputusan untuk berhijrah ini diputuskan tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

Alhamdulillah.. moga Izreen istiqamah atas penghijrahan ini.






0 Response to "Izreen Azminda Nekad Mahu Tampil Berhijab."

Post a Comment