Pelakon jelita, Izara Aishah mengakui bahawa dia kini mahu mencapai kejayaan dalam kerjayanya dahulu sebelum bergelar isteri.
Izara juga tidak terlepas dengan soalan berkaitan hubungannya dengan Adib Khalid iaitu anak lelaki Datuk K yang juga suami kepada penyanyi popular Dato’ Siti Nurhaliza.
“Walaupun hampir satu tahun mengenali dia, tapi sehingga kini saya mahu berfikir mengenai berumah tangga. Banyak yang saya belum capai dalam kerjaya.”
“Sebelum nak jadi isteri, saya nak berjaya dulu dalam bidang yang saya ceburi,” katanya kepada sebuah majalah.
Izara juga menyatakan hubungan mereka baik dan mengakui Adib adalah teman lelaki yang paling rapat dalam hidupnya.
Khabarnya keluarga Adib sangat menyenangi pelakon ini kerana dia juga pandai memasak.
Apa-apa pun, semoga berjaya dan sentiasa maju dalam kerjaya yang diceburi Izara.
0 Response to "Izara Aishah Belum Bersedia Untuk Menjadi Isteri.?"
Post a Comment