CHINA – Lian Ronghua, sedih yang terpaksa membuat pilihan antara dua anak lelakinya yang menghidap penyakit buah pinggang.
Lian disahkan boleh menderma salah satu buah pinggangnya kepada anaknya, namun siapa yang akan dipilihnya, sama ada Li Haiqing, 26, atau Li Haisong, 24.
Namun mujurlah Li Haiqing, yang juga seorang pelajar perubatan di Sekolah Perubatan Universiti Utara mengalah dan berkorban. Dia mahu adiknya diselamatkan terlebih dahulu.
Li Haiqing dan Li Haisong hanya boleh diselamatkan melalui pembedahan buah pinggang. Hanya ibu mereka mempunyai buah pinggang yang sesuai sementara bapa mereka pula tidak boleh menderma kerana mengalami tekanan darah tinggi.
esemua mereka berpindah ke Xiamen tahun lepas bagi membolehkan Li Haiqing dan adiknya menerima rawaran dialisis.
Keluarga tersebut dilaporkan berulang kali bergaduh mengenai siapa yang patut mendapat buah pinggang itu dan selepas undian dijalankan, mereka memilih Li Haisong.
Menurut Li Haiqing, dia berkorban demi adiknya kerana memikirkan dia mendapat pendidikan tinggi, justeru mudah mencari pekerjaan berbanding dengan adiknya itu.
“Kita akan selamatkan Haisong dulu,’’ katanya ketika memberikan kata-kata semangat kepada ibunya.
Pembedahan itu mengambil masa selama lapan jam dan menelan kos berpuluh ribu ringgit.
0 Response to " Ibu Terpaksa Pilih Anak Untuk Beri Buah Pinggang."
Post a Comment