Syamsul Yusof raihkan ulang tahun perkahwinan di Australia.

syamsul yusof rai ulangtahun perkahwinan pertama di australia
KUALA LUMPUR 3 MAC 2015: Murai Batu tertarik dengan anak kepada Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul Yusof yang lebih sikap bersederhana selepas bernikah dengan isterinya Puteri Sarah Liyana tahun lalu.
Untuk meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama, Murai Batu difahamkan mereka berdua telah terbang ke benua Australia untuk bercuti.
Walaupun tarikh ulang tahun mereka pada 8 Mac namun nampaknya mereka menyambut lebih awal untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri.
Kebahagiaan Puteri Sarah terpancar di wajahnya dan berpeluk manja bersama Syamsul, sejuk mata Murai Batu melihat gambar-gambar mereka yang di muat naik menerusi Instagram.
Jadi dengan kesempatan ini, Murai Batu kongsikan gambar mereka untuk tatapan korang, semoga Syamsul dan Puteri Sarah kekal bahgia hingga ke jannah, amin.










0 Response to "Syamsul Yusof raihkan ulang tahun perkahwinan di Australia."

Post a Comment