ARAD – Doktor-doktor di Romania bingung memikirkan bagaimana satu penyembur rambut boleh berada dalam belakang badan seorang wanita, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita itu, Mirela Gradinaru datang ke sebuah hospital di Arad, barat Romania dalam keadaan kesakitan dan merayu supaya doktor membantunya baru-baru ini.
Beberapa doktor kemudian melakukan pembedahan di bahagian belakang wanita berusia 37 tahun itu untuk mengeluarkan penyembur rambut itu.
Selepas pembedahan itu selesai, Mirela enggan menceritakan bagaimana benda itu boleh memasuki badan belakangnya.
“Kami melakukan ujian sinar-X bagi mengesan kedudukan objek itu dan melakukan pembedahan bagi mengeluarkannya. Pesakit sihat selepas pembedahan itu selesai,” kata doktor yang melakukan pembedahan, Mirandolina Prisca.
“Pesakit itu berasa amat malu. Dia berada dalam kesakitan yang amat sangat,” katanya.
Seorang kakitangan di hospital itu turut hairan memikirkan kejadian tersebut.
“Objek itu bukan tin kecil pewangi ketiak, ia merupakan tin penyembur rambut yang besar,” jelasnya. – Agensi
0 Response to "PENYEMBUR RAMBUT DALAM BELAKANG BADAN SEORANG WANITA"
Post a Comment