PENYANYI Liza Hanim kini mengakui harus berehat dari bidang nyanyian untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada kandungannya yang kini sudah masuk tiga bulan. Liza kini sedang mengandung anak keempat dan dijangka bersalin pada September ini.
“Kena rehat lagilah sebab ada ni,” kata Liza sambil menunjukkan perut yang dah nampak membesar walaupun dia kelihatan kurus. Kami rasa demi untuk menjaga kandungan, memang patut sangat Liza Hanim berehat, risau jika berlaku apa-apa pula nanti.
Liza ditemui semasa hadir bersama suaminya, Shah Indigo menonton Konsert PGL di Istana Budaya. Selain itu, menurut penyanyi ini, dia kini sibuk menguruskan perniagaan berasaskan periklanan, Liza Hanim Media.
Apa-apa pun, kami pasti rami peminat Liza Hanim di luar sana sentiasa mendoakan kebaikan dan juga segala urusan penyanyi ini dipermudahkan (rtky/s)
0 Response to "Liza Hanim Rehat Dari Nyanyian Demi Kandungan Anak Keempat."
Post a Comment