Kubur berwarna Pink..! Cetus kontroversi.

SEORANG pengguna Facebook menerima reaksi bercampur daripada pelbagai pihak apabila memuat naik gambar kubur berwarna merah jambu disertakan dengan status ‘iklan rekaan kubur’.

Status Facebook ini menjadi viral selepas disebarkan baik menerusi laman sosial mahu pun aplikasi mesej Whatsapp.
Ramai yang melihat sekali imbas rupa kubur tersebut melontarkan kecaman kerana ia dianggap keterlaluan.
Bagaimanapun, ada juga menyifatkan gambar kubur pink ini bukan saja-saja dimuatnaik oleh individu terlibat sebaliknya ada ‘agenda’ tersendiri.
11

11016972_854454391259512_8253019469177701577_n

Kuburan PiNK tersebut mempunyai beberapa keterangan  iaitu.;-

Tempahan Dibuka!
Luaran; warna ikut pilihan. Kalau nak mural Heri Poter pun boleh.
Dalaman; sistem audio mp3 bacaan Quran 24 jam dengan sumber tenaga solar. (Waktu malam guna bateri yg telah dicas pada siang hari). Bacaan Yasin automatik setiap malam Jumaat. Bacaan tahlil automatik pada 7 hari pertama setiap malam, tahlilan automatik pada hari ke 40, hari ke 100 dan pada tarikh ulangtahun kematian.
Optional: Speaker luar utk penziarah tumpang dengar.
Jimatkan duit anda. Tak perlu upah orang baca Quran dan tahlilan. Tak perlu buat kendhuri. Jom berebut tempah! satu inovasi bid’ah hasanah.

0 Response to "Kubur berwarna Pink..! Cetus kontroversi."

Post a Comment