Keadaan fizikal anak dikritik.! Awal tak dapat kawal marah - Scha.


PETALING JAYA: Pelakon Scha Alyahya memberitahu tindakan suaminya iaitu Awal Ashaari naik berang dengan komen pengikut Instagram yang mengkritik fizikal anak mereka, Lara Alana adalah kerana tidak dapat mengawal perasaan marah.


Scha, 32, berkata, suaminya merupakan seorang yang mudah terasa hati dan menunjukkan reaksi terhadap perasaannya terutama apabila melibatkan orang yang tersayang.
"Awal seorang yang mudah menunjukkan ekspresi yang dia rasa, kalau marah dia akan tunjukkan, begitu juga kalau sayang pun kita boleh nampak cara dia. Itu memang dia.

"Berbeza dengan saya, kalau ikutkan memang saya pun geram bila ada yang beri komen begitu. Tetapi saya tidak suka tunjuk dan layan perkara itu," ujarnya kepada mStar Online pada majlis pelancaran “Scha Alyahya for Fashion Valet”, di Damansara Performing Art Centre, di sini, Rabu.

Scha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan suaminya  yang berang apabila pengikut Instagram menegur hidung anak mereka, Lara Alana yang kini berusia 7 bulan.

Peminat itu memberi petua kepada Awal agar kerap mengurut hidung anaknya supaya kelihatan lebih mancung.

Scha berkata, dia mengambil sikap enggan melayan kritikan dan komen pengikut laman sosial itu yang dianggap boleh menjatuhkan moral mereka sebagai ibu bapa.
Rumah tangga Awal dan Scha semakin bermakna dengan kehadiran anak mereka.

Dia juga tidak mahu terlalu memikirkan golongan minoriti yang sentiasa bersikap negatif, sebaliknya memberi perhatian kepada mereka yang suka melihat pembesaran kanak-kanak itu.

“Masa Awal buat keputusan untuk bukan Instagram Lara lagi kami dah bersedia untuk terima kritikan. Namun kenapa kita lihat golongan minoriti yang tidak suka kita daripda selebihnya suka melihat perkembangan Lara," ujarnya.



0 Response to "Keadaan fizikal anak dikritik.! Awal tak dapat kawal marah - Scha."

Post a Comment