CHINA, (MLP) – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dari kampung Guangxi dipaksa melutut lalu dikurung dalam sangkar babi sebagai hukuman mencuri wang sebanyak 20,000 yuan.
Selain itu, pesalah cilik terbabit turut dikenakan hukuman lain yakni direndam dalam air tasik yang sejuk.
Memetik laporan NetEase, kanak-kanak itu dikatakan memecah masuk ke rumah salah seorang penduduk tempatan dengan memanjat dinding. Dia kemudiannya masuk melalui tingkap tingkat dua rumah mangsa.

Jiran yang menyaksikan kejadian itu pada mulanya menyangka suspek merupakan anak saudara kepada mangsa yang datang melawat sempena cuti musim bunga.
Walau bagaimanapun, setelah menyedari tindakan mencurigakan itu adalah perbuatan jenayah, penduduk kampung segera bertindak menangkap suspek dan menghukumnya dengan cara tersendiri.
Mereka kemudiannya sebulat suara menyerahkan kanak-kanak itu kepada pihak berkuasa.

Polis kini sedang menjalakan siasatan mengenai dua kes iaitu kejadian rompakan serta hukuman persendirian yang dianggap sebagai seksaan terhadap kanak-kanak itu.
Namun motif utama suspek mencuri wang masih tidak diketahui.

0 Response to "Kanak-kanak dikurung dalam sangkar babi..!"
Post a Comment