Imej sebenar 'Pocong' yang muncul di Simpang Tiga.!


KOTA TINGGI- Penduduk di sekitar kawasan perumahan Taman Kota Jaya di sini menjadi gempar dengan kemunculan lembaga berupa ‘pocong’ yang tersandar di sebatang pokok pisang di simpang tiga di situ awal pagi tadi.


Lembaga berukuran kira-kira 1.5 meter yang dibentuk menyerupai mayat berkafan ditemui di persimpangan Jalan Nangka-Jalan Belinjau menuju Kampung Kelantan.
Kemunculan pocong itu menyingkap kembali penemuan lima objek menyerupai pocong di tebing Sungai Johor di sebuah kampung tradisional di pinggir bandar ini lima tahun lalu.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Ramlan berkata, dia pada mulanya mendapat panggilan telefon kira-kira 9.30 pagi tadi daripada seorang rakan yang mengatakan terdapat pocong berhampiran kedainya.
pocong 1
Orang ramai turut berkerumun untuk melihat dan merakam gambar lembaga itu yang dipakaikan telekung wanita yang telah digunting-gunting dan dipalit dengan tanah.

Lembaga itu yang diikat lima bahagian dan mempunyai kerongsang di bahagian kepala, didapati disumbat dengan kapas di dalamnya agar berbentuk seperti mayat yang dikafan.





0 Response to "Imej sebenar 'Pocong' yang muncul di Simpang Tiga.!"

Post a Comment