Along tawar kaedah pelacuran untuk bayar balik pinjaman..!

along-tawar-kaedah-pelacuran-untuk-bayar-balik-pinjaman
KUALA LUMPUR, (MLP) - Peminjam wang tidak berlesen (Along) sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kembali wang yang telah dipinjamkan termasuk menjadikan mangsa sebagai pelacur.

Mangsa diminta melakukan khidmat seks di rumah pelacuran sebagai gantian jika tidak mempunyai wang untuk membayar balik hutang pinjaman.

Samsudin Mohamad Fauzi selaku Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) berkata, PKP menerima tiga aduan berbeza sepanjang tahun lepas daripada wanita berumur awal 30-an yang ditawarkan kaedah pembayaran tersebut.

Memetik laporan Kosmo, mangsa yang ketakutan tanpa berfikir panjang bersetuju menjual kehormatan mereka sebagai tukaran untuk membayar hutang kepada Along.

“Mangsa memberitahu PKP bahawa mereka menerima panggilan daripada sebuah rumah pelacuran tidak sampai 15 minit selepas bersetuju dengan tawaran Along,” katanya.

Menurut Samsudin, mangsa terselamat apabila PKP membantu mereka membuat aduan kepada polis pada hari yang sama..

0 Response to "Along tawar kaedah pelacuran untuk bayar balik pinjaman..!"

Post a Comment