Aksi Remaja Bunuh diri di rakam..!

MOSCOW – Seorang remaja Rusia maut terjatuh dari sebuah jambatan kereta api selepas dia terpegang kabel elektrik berkuasa 30,000 voltan di sini baru-baru ini.
Remaja tersebut yang dikenali sebagai Maxim, 14, dan masih bersekolah, dirakam oleh rakannya sedang memanjat jambatan setinggi 30.48 meter itu dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo.

Maxim bergerak ke hujung struktur berkenaan untuk melihat panorama yang lebih menarik. Namun, dia gagal mengimbangi badan dan berpaut pada kabel elektrik berkuasa tinggi itu.Mangsa kemudian terjatuh ke bawah dan meninggal dunia.
Polis Rusia menyebarkan klip video aksi Maxim untuk memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak melakukan perkara berisiko seperti itu.



0 Response to "Aksi Remaja Bunuh diri di rakam..!"

Post a Comment