Tampal Tuala Wanita pada kereta milik kekasih kerana Berang.!


CHINA – Malu sendiri. Itu yang berlaku kepada seorang wanita, Li Tan, 23, yang bertindak bodoh kerana menyangka kekasihnya, De Wu, 24, mempunyai hubungan sulit.
Dia yang mengamuk kerana De Wu lambat balik ke rumah, telah membeli 30 keping tuala wanita dan kemudian menampalnya di kereta sewa milik kekasihnya itu.
cemburu1
Wanita itu menampal tuala berkenaan di hadapan orang ramai.
Li Tan kemudiannya dengan bangga merakamkan gambar kereta itu yang ditampal dengan tuala wanita lalu memuat naik dalam media sosial dengan kapsyen ` Ye betul….saya yang melakukannya’’.
Selepas De Wu balik ke rumah, dia telah dimarahi oleh Li Tan kerana balik lambat.
De Wu kemudiannya menerangkan dia tidak berlaku curang sebaliknya dia berada di rumah kawannya kerana mereka merancang untuk mengadakan parti hari jadi untuk Li Tan.
De Wu juga menunjukkan resit tempahan restoran untuk meraikan hari istimewa kekasihnya itu.
“Saya juga memaklumkan kepada Li Tan bahawa semua kawan-kawannya akan hadir pada majlis meraikan hari jadinya. Dia akhirnya percaya.
“Namun saya rasa tiada orang yang akan menyewa kenderaan itu lagi,’’ kata De Wu.



0 Response to " Tampal Tuala Wanita pada kereta milik kekasih kerana Berang.!"

Post a Comment