200,000 bayi diculik setiap tahun.

200-000-bayi-diculik-setiap-tahun

BEIJING, (MLP) - Setiap tahun, lebih 200,000 kanak-kanak di China dilaporkan diculik dan dijual secara terbuka melalui Internet.

Walaupun pelbagai usaha diambil oleh pihak berkuasa, namun aktiviti penyeludupan dan penculikan kanak-kanak semakin meningkat. 

Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), mereka percaya lebih 20,000 kanak-kanak diculik setiap tahun. 

Sinar Harian melaporkan, bayi lelaki mendapat permintaan yang tinggi kerana mereka dipercayai dijual dengan harga £10,500 (RM58,000).

Pihak polis menjelaskan bahawa pemerdagangan bayi kini dilakukan melalui Internet bagi mengelak dikesan pihak polis.

Seramai 1,094 orang ditahan membabitkan jenayah ini selepas operasi terhadap empat kumpulan penjualan bayi terbesar melalui Internet, tahun lalu dan 382 bayi berjaya  diselamatkan. 

0 Response to "200,000 bayi diculik setiap tahun."

Post a Comment