09/04/2015
SEORANG wanita mendakwa hampir ditipu oleh ‘kakitangan bank’ palsu yang cuba memperdaya dengan mendapatkan butir-butir peribadi termasuk nombor kad ATM bagi mengakses akaun bank miliknya.
Mangsa menceritakan cubaan penipuan itu melalui aplikasi whatsapp kepada rakannya yang kini tersebar...!!
Kononnya wanita ini, dia dihubungi oleh seseorang dari bank tertentu, menyatakan dia mempunyai hutang kad kredit namun dakwaan itu disangkal kerana dia tidak mempunyai sebarang kad kredit.
Pemanggil tersebut kemudiannya mendakwa kemungkinan data peribadinya telah bocor membuatkan ada individu menggunakan namanya untuk membuat kad kredit.
Bagi memantapkan cerita, tak lama kemudian mangsa dihubungi seseorang kononnya dari bank negara lalu memintanya memberikan butir-butir peribadi sehingga mendatangkan kemusykilan wanita terbabit yang meminta masa kepada pemanggil berkenaan.
Mangsa segera menghubungi CIMB untuk bertanya jika namanya terdapat dalam rekod salah seorang pengguna kad kredit bank berkenaan namun dinafikan, sekaligus menjawab telahan bahawa dirinya sedang cuba diperdaya.
Sehubungan itu, wanita tersebut membuat laporan polis berkaitan cubaan menipu tersebut.
Mujurlah di zaman sekarang pengguna semakin bijak dan tak lagi mudah ditipu menerusi telefon seperti dahulu kan?
Bagi kami inilah gunanya cerita-cerita penipuan begini disebarkan, jadi ramai yang akan lebih berhati-hati bila melalui pengalaman sama.
– MYNEWSHUB.CC
Mangsa menceritakan kepada rakannya penipuan tersebut melalui whatapps..!!
0 Response to "Mangsa dedah cerita sebenar bagaimana ia ditipu oleh Bank..!"
Post a Comment