Pasangan kekasih tipu jumpa bayi, rupanya anak sendiri..!


PASIR PUTEH – Gara-gara mahu menutup keterlanjuran yang telah dilakukan, sepasang kekasih remaja berusia 17 tahun dan 15 tahun sanggup membuat laporan palsu mengenai penemuan seorang bayi yang didakwa ditemui di kawasan rekreasi Air Terjun Jeram Pasu, dekat sini petang kelmarin.
Bayi lelaki yang kononnya ditemui pasangan pasangan remaja di kawasan rekreasi Air Terjun Jeram Pasu, Pasir Puteh kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, remaja terbabit dikatakan membawa pulang bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berlumuran darah itu kononnya ditemui ketika mandi di air terjun berkenaan untuk ditunjukkan kepada ibu remaja perempuan di Kok Lanas, Kota Bharu.
Katanya, ibu remaja perempuan terbabit kemudian membawa anaknya, teman lelaki dan bayi berkenaan ke Balai Polis Kok Lanas pada pukul 4.30 petang pada hari yang sama untuk membuat laporan.
Menurutnya, tindakan lanjut telah diambil oleh anggota polis termasuk menjalankan siasatan di lokasi penemuan di Jeram Pasu dan menghantar bayi terbabit ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.

Related Posts :

0 Response to "Pasangan kekasih tipu jumpa bayi, rupanya anak sendiri..!"

Post a Comment