Ayda Jebat utamakan nyanyian.

Pelakon manis yang baru meningkat popular, Ayda Jebat masih lagi mengutamakan bidang nyanyian walaupun rezekinya kini lebih kepada bidang lakonan
Menerusi lakonannya dalam drama Rindu Awak 200% yang mencetuskan fenomena baru-baru ini, dia ingin selaraskan bakat nyanyiannya dengan lakonan yang semakin melonjak naik itu.
Biodata penuh Ayda Jebat

Nama : Nur Suhada Binti Jebat
Umur : 22 tahun
Tarik Lahir : 17 Mac 1992
Asal : Melaka
Drama : Rindu Awak 200%, Cinta 200%, Anugerah Terindah, Aku ada wali, Cinta antara kita, Apam lemak manis, Geng Zul Teksi, Miera Sofea, Calon menantu, Harapan.
Telenomovie : Melodi sepi, Cer Citer Cinta
Single : Cinta Lara duet Kay Khydir, Beri aku waktu
Nama Penuh: Nur Suhada Binti Jebat

Nama Komersial: Ayda Jebat/Aida AF9

Asal: Melaka

Tarikh Lahir: 17 Mac 1992

Umur: 22

Drama: Cinta 200 Peratus, Anugerah Terindah, Aku Ada Wali,Ride (TV9), Cinta Antara Kita, Apam Lemak Manis, Geng Zul Teksi, Mira Sofea, Calon Menantu ,Epilog Cinta Khirana, Cintapucchino, LA SO FA ALOHA, Langit Ke 7,Anak Dara Mak Wok, Tiara, Harapan," target="_blank">Rindu Awak 200
Telemovie: D'Pantai, Melodi Sepi, Cer Citer Cinta
Filem: Oh Mak Kau!, Cinta Antara Kita
DSC_2991 wm
Walaupun ditendang keluar dari rancangan realiti Akademi Fantasia satu ketika dahulu, itu tidak memutuskan semangat gadis kecil molek ini untuk terus berjuang dalam bidang nyanyian.
Rugi sekiranya bakat yang ada itu disia-siakan sebegitu, mungkin dalam bulan Mac ini Ayda akan fokus dalam menghasilkan lagu untuk dirinya.
Ayda atau lebih selesa menggelarkan dirinya sebagai ‘adik’ itu turut menegaskan bahawa dia mahu citarasanya ada dalam muzik yang dihasilkan dan kini masih mencari komposer yang sesuai untuk bekerjasama.
Ketika ditemui dalam promosi drama terbaru beliau iaitu ‘Isteri Separuh Masa’ yang akan disiarkan tidak lama lagi itu, Ayda turut menyatakan dia tidak mahu menyanyikan lagu yang tidak dapat memberikannya ‘feel’ ketika membuat persembahan nanti.
Justeru itu, pelakon utama drama terbaru ‘Suami Sebelah Rumah’ itu akan pastikan dia serta komposer yang akan bekerjasama dengannya dapat menghasilkan lagu yang betul-betul memberi makna kepadanya.
Dan ditanya pula mengenai isu gambar artis bercoli yang diperbualkan di media sosial ketika ini, Ayda lebih selesa untuk tidak memberi apa-apa komen dan hanya menyatakan itu hak individu namun dia tidak akan berbuat demikian sekiranya disuruh.
SAKSIKAN VIDEO SINI AYDA JEBAT


0 Response to "Ayda Jebat utamakan nyanyian."

Post a Comment